MENGENALPASTI BAKAT ANAK ANDA
Mengenali bakat anak lebih awal supaya dapat dikembangkan dan digilap sejak dari awal lagi
Bukan mudah untuk memastikan yang kita telah lakukan yang terbaik untuk anak-anak. Dengan mengetahui minat dan bakat mereka, ibu bapa dapat berikhtiar untuk mengembangkan lagi bakat tersebut ke peringkat yang lebih baik. Jom baca 3 langkah mudah untuk kenalpasti bakat anak anda.
1. Merancang Kegiatan Stimulasi
Terlebih dahulu penting untuk kita mengetahui minat anak-anak. Anak-anak yang sentiasa terperap di rumah dan hanya bergantung kepada satu rutin, akan lebih sukar untuk dilihat minat mereka.
Melalui aktiviti stimulasi yang dirancang, ibu bapa mudah untuk melihat di bahagian mana anak-anak lebih teruja dan memberi reaksi yang memberangsangkan.
Antara kegiatan yang boleh dilaksanakaan adalah:
- memperkenalkan buku pelbagai tajuk (fiksyen atau non fiksyen)
- menonton filem yang berbeza genre
- melawat muzium, zoo atau pameran seni
- mengenalkan anak pada olahraga dan sukan
- ceritakan tentang tokoh-tokoh dunia dari berbagai bidang
2. Perhatikan Hobi yang Berulang
Melukis, menyanyi, berbasikal dan bermain bola – adalah antara aktiviti kegemaran anak-anak. Walaupun ianya kelihatan hanya sekadar bermain, tetapi perhatikanlah sekiranya aktiviti ini dilakukan secara berulang dan tahap kepandaian semakin bertambah.
Jika mereka menunjukkan ciri-ciri melukis yang baik, berikanlah sokongan sepenuhnya. Siapa tahu anda sedang membesarkan seorang ahli seni!
3. Beri Waktu untuk Anak Bersosial
Dengan bergaul, anak dapat menunjukkan kemampuan dan bakat yang dimilikinya kepada rakan-rakan sebayanya. Ianya juga dapat merangsang idea-idea baru anak-anak seterusnya mewujudkan bakat baru mereka.
Bahkan, melalui cara bersosial, ibu bapa dapat melihat kebolehan komunikasi anak-anak yang juga merupakan satu bakat.
Bakat yang dapat dikenalpasti sejak kecil, memudahkan ibu bapa dan anak-anak untuk menentukan haluan mereka mendewasa kelak. Sokongan dan galakan yang sempurna dapat menambah keyakinan anak-anak untuk cemerlang dalam apa yang mereka lakukan.
Di Little Caliphs rangkaian Khalifah Didik, kami sentiasa menggalakkan anak-anak menonjolkan bakat mereka. Klik di sini untuk live video LITTLE MUSLIM VOICE yang kami anjurkan.
Guru-guru perlu bergandingan untuk memupuk semangat dan keyakinan kepada anak-anak sedari awal lagi. Klik disini untuk Cara Pantas Membina Keyakinan Anak-Anak.
MENARIK kan tips ini? Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan anda!